Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MARA salur dana RM9.42 juta, bantu usahawan Sarawak

KUCHING: Sejumlah RM 9.42 juta dana disalurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memberi manfaat secara langsung kepada lebih 1,500 usahawan di Sarawak pada tahun ini.

Usaha berterusan yang dilaksanakan mara itu bertujuan untuk memulihkan ekonomi dan perniagaan usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Memetik Jiwa Bakti, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia dilaksanakan oleh pihak MARA menerusi bantuan sokongan perniagaan secara menyeluruh.

“Bantuan perniagaan ini untuk membantu usahawan menguruskan aliran tunai, mengekalkan pekerja dan memastikan kapasiti perniagaan pulih dengan cepat ekoran sektor ekonomi dibuka secara berperingkat.” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program MARA Bantu Usahawan di Bangunan MARA, Arked Astana Kuching, disini, pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 121 usahawan mikro yang terjejas telah dibantu melalui Skim Pembiayaan Prihatin Mikro (S3P) dengan peruntukan berjumlah RM 4.45 juta.

Sejumlah RM 1.21 juta pula disalurkan kepada 28 usahawan wanita untuk meningkatkan penglibatan dan memperkasakan golongan tersebut dalam perusahaan mikro dan kecil.

“Atas keprihatinan MARA, penyewa premis perniagaan dikecualikan membayar sewa bagi tempoh tiga bulan mulai Julai hingga September dan diikuti diskaun 30 peratus ke atas premis perniagaan sehingga Disember nanti melibatkan 341 penyewa dengan nilai keseluruhan RM1.532 juta.”katanya lagi.

Mara juga memberi moratarium pembiayaan kepada 1,010 penerima pembiayaan di Sarawak yang membabitkan RM 2.228 juta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan