Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Op Naga dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan pelbagai aset strategik laut dan udara daripada agensi penguat kuasa negara

Op Naga perhebat kawalan pencerobohan nelayan asing di Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 25 Jun: Usaha membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara terus diperhebat menerusi pelaksanaan Operasi Naga Sarawak (Op Naga) yang dijalankan dari 18 hingga 21 Jun lalu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, operasi itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Perintah Operasi Naga Bil. 1/2024 yang memfokuskan kepada aktiviti penangkapan ikan secara haram (IUU Fishing) oleh vesel nelayan asing (VNA), khususnya dari Vietnam, di Zon Maritim Malaysia.

“Pelaksanaan operasi kali ini bersifat bersepadu, membabitkan pelbagai aset strategik laut dan udara daripada agensi penguat kuasa negara,” menurut kenyataan itu.

Selain Maritim Malaysia, agensi lain yang turut terbabit ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Udara dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Sebanyak dua pesawat udara, empat kapal dan dua bot digerakkan dalam rondaan bersepadu yang meliputi sektor-sektor operasi dikenal pasti.

Antara aset utama yang terlibat ialah KM SRI AMAN, KM BIJAK, KM SIAKAP, KD KERIS, PLC 4, PL40, pesawat Cessna Caravan, pesawat TUDM dari Labuan serta dron milik PDRM.

“Buat julung kali, pasukan sea rider yang merangkumi komponen operasi dan sokongan pelbagai agensi turut diatur gerak atas kapal Maritim Malaysia, sekali gus meningkatkan keberkesanan operasi secara langsung di laut.

“Penyelarasan rapi turut dilakukan merangkumi prosedur kecemasan, keperluan logistik dan sistem komunikasi taktikal bagi memastikan kelancaran serta kecekapan sepanjang pelaksanaan operasi,” kata kenyataan itu.

Menurut Maritim Malaysia Sarawak, kejayaan Op Naga kali ini mencerminkan komitmen tinggi dan kerjasama erat semua agensi penguat kuasa yang terlibat.

“Operasi ini memperlihatkan iltizam berterusan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, menjamin keselamatan komuniti maritim serta memelihara kelestarian sumber perikanan negara demi generasi akan datang,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan