Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot kargo ditahan Maritim Malaysia di perairan Tawau ketika membawa beras dan minyak masak tanpa permit. Foto Maritim

Bot kargo sarat beras, minyak masak disyaki cuba diseludup ditahan

TAWAU, 25 Jun: Sebuah bot kargo sarat muatan beras dan minyak masak disyaki cuba diseludup ke negara jiran telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 0.75 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata bot tersebut dikesan peronda Maritim yang menjalankan Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris, ketika bergerak dari Batu Tiga menuju ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan mendapati bot dikendalikan juragan lelaki tempatan berusia 20 tahun dengan dokumen meragukan, bersama pembantu lelaki warganegara Indonesia berumur 25 tahun yang tiada permit kerja sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Juragan tersebut juga gagal mengemukakan permit berkaitan barang kawalan atau dokumen kastam sah untuk membawa barangan ke Pulau Sebatik.

Hasil geledah menemui 700 kampit beras seberat 10 kilogram setiap satu dan 30 kotak minyak masak peket seberat 510 kilogram yang keseluruhannya bernilai hampir RM30,000 bersama bot dan enjin yang turut disita.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Menurut Ariffin, siasatan lanjut turut menjurus kepada aktiviti penyeludupan rentas sempadan berikutan beberapa klip video tular menunjukkan barangan dari Malaysia dirampas pihak berkuasa negara jiran.

“Maritim Malaysia komited memperkasakan penguatkuasaan undang-undang di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dan akan terus bekerjasama rapat dengan agensi lain,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan