Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Qatar kekal berpegang pada nilai kejiranan baik dan menyokong sepenuhnya semua usaha ikhlas bagi menyelesaikan krisis serta membina dunia yang lebih selamat, bekerjasama dan makmur. Foto AFP

Qatar sambut baik perjanjian genjatan senjata antara Iran dan Israel

ByBernama

DOHA, 24 Jun:  Qatar pada Selasa menyambut baik perjanjian genjatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Menurut Kementerian Luar Qatar, pihaknya menyatakan harapan agar perjanjian itu menjadi langkah bermakna ke arah penyelesaian konflik di rantau berkenaan dan global melalui dialog dan diplomasi, sambil menekankan kepentingan menggunakan kaedah damai untuk mencapai kestabilan yang berkekalan serta keamanan menyeluruh dan mampan.

Pada masa sama, kementerian itu turut menegaskan bahawa pelanggaran kedaulatan dan ruang udara Qatar oleh Iran merupakan sebahagian daripada peningkatan ketegangan berbahaya di rantau itu, yang memerlukan usaha ikhlas dan kolektif bagi menghalang semua tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian itu juga menegaskan bahawa Qatar akan terus berfungsi sebagai penggerak keamanan. Komitmen negara itu terhadap keamanan adalah berlandaskan prinsip dan tidak dipengaruhi oleh peristiwa tertentu atau pertimbangan politik yang berubah-ubah.

Qatar kekal berpegang pada nilai kejiranan baik dan menyokong sepenuhnya semua usaha ikhlas bagi menyelesaikan krisis serta membina dunia yang lebih selamat, bekerjasama dan makmur.

Kementerian itu turut merakamkan penghargaan ikhlas Qatar kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atas peranannya dalam memudahkan perjanjian berkenaan dan menyatakan harapan agar kedua-dua pihak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang dipersetujui. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan