Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras disyaki jenis ‘liquor’ bernilai kira-kira RM36,000 di perairan Pantai Tanjung Gemuk, Port Dickson malam tadi.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup arak bernilai RM36,000

ByBernama

SEREMBAN, 24 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras disyaki jenis ‘liquor’ bernilai kira-kira RM36,000 di perairan Pantai Tanjung Gemuk, Port Dickson malam tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata pihaknya merampas 10 kotak berbalut plastik hitam, mengandungi 120 botol minuman keras kira-kira 10 malam tadi.

“Pasukan bot peronda yang sedang melaksanakan operasi pemantauan rutin telah merampas barangan seludup itu hasil pemeriksaan di kawasan persisiran Pantai Tanjung Gemuk.

“Kotak berkenaan dipercayai ditinggalkan penyeludup yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Barangan itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua barang rampasan dibawa ke Jeti Maritim Melaka dan Negeri Sembilan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan