Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tanah runtuh , tiga hari untuk lengkapkan kajian

AMPANG , 18 Sept: Pihak berkuasa memerlukan masa sekurang- kurangnya tiga hari untuk melengkapkan kajian dan laporan teknikal berhubung kejadian runtuhan tanah di Kemensah Heights.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antrabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kajian oleh Jabatan Mineral Dan Geosains itu akan merumuskan sama ada kawasan berkenaan selamat atau tidak untuk didiami.

“Ketika ini laporan menunjukkan masih  tidak ada pergerakan , hanya berlaku limpahan air sungai akibat tanah yang menimbus sungai tersebut. Sekiranya laporan ini mendapati bangunan itu selamat didiami penduduk ini boleh balik ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian hari ini.

Mohamed Azmin juga memberitahu pemasangan besi penghadang untuk menghentikan pergerakan tanah akan dilaksanakan sebagai langkah segera.

Bagaimanapun ujarnya, ia  perlu dipohon dan dimaklum kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mana pelaksanaan ini memerlukan kos sejumlah RM1 juta.

Pada Jumaat, sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Height namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan