Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata Brunei mencatat jumlah tertinggi diikuti Indonesia, China dan Singapura. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Hampir 2 juta pelancong kunjungi Sarawak setakat Mei

BySalasiah Safian

MIRI, 24 Jun: Sarawak merekodkan 1.99 juta ketibaan pelawat dari Januari hingga Mei tahun ini, dengan Brunei Darussalam dan Indonesia menjadi penyumbang utama pelancong asing ke negeri ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata Brunei mencatat jumlah tertinggi iaitu 647,184 pelawat, diikuti Indonesia (296,859), China dan Singapura.

“Sehingga Mei 2025, Sarawak telah menerima 1,994,257 ketibaan pelawat. Seperti dijangka, jumlah tertinggi datang dari Brunei memandangkan kedudukannya paling hampir dengan Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Negeri Sarawak (JPPNS) Bil. 1/2025, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan menyasarkan lima juta ketibaan pelancong sepanjang 2025.

Bagi menyokong sasaran itu, pelbagai acara dirancang termasuk tujuh program utama di bawah anjuran Business Events Sarawak (BES).

Antaranya termasuk Sarawak International Basic Orthopaedic Trauma Advanced Symposium, Borneo Diabetics Conference, dan Malaysia Finance Association International Conference, selain Borneo Jazz Festival.

“Banyak lagi acara antarabangsa akan berlangsung, antaranya Rainforest World Music Festival yang baru sahaja berakhir minggu lalu, serta Regatta dan Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa Kuching yang dijadual Oktober ini.

“Kita juga akan mengadakan program What About Kuching (WAK) selama sebulan yang dijangka menarik ramai pelancong ke ibu negeri,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan