Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Conference on Gender Equity in Sports 2025 di Georgetown, hari ini. Foto, Syalmizi Hamid (TVS).

Peranan wanita dalam kepimpinan, kejurulatihan sukan di ASEAN perlu diperkasa

GEORGE TOWN, 24 Jun: ASEAN seharusnya lebih memperkasakan golongan wanita dan kesaksamaan gender dalam bidang sukan terutamanya membabitkan kejurulatihan serta kepimpinan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan data semasa, kaum hawa hanya mewakili kurang 20 peratus daripada jurulatih bertauliah di rantau itu, manakala sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan badan sukan kebangsaan masih belum tercapai di kebanyakan negara.

Menurut beliau, Malaysia telah mengorak langkah bagi memperkasakan penglibatan golongan itu apabila telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan dan kemudahan agar sukan menjadi dekat dengan wanita.

“Kita memperkasakan wanita dalam sukan melalui jawatan kuasa tertinggi dan akses kepada fasiliti serta bajet yang cukup untuk sukan-sukan wanita.

“Kita juga keluarkan halangan-halangan seperti gangguan seksual dan kekurangan akses kepada penjagaan kanak-kanak apabila diwujudkan taska di KL Sports City,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan ASEAN Conference on Gender Equity in Sports 2025 di sebuah hotel di sini.

Turut hadir, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria serta Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Gooi Tzi Sen.

Persidangan tiga hari tersebut menghimpunkan pelbagai pemimpin sukan, pembuat dasar dan penggiat sukan wanita dari seluruh rantau bagi merangka langkah kolektif memperkukuh peranan wanita dalam ekosistem sukan asean.

Sementara itu, Hannah berkata, pelan tindakan negara masing-masing mestilah merangkumi strategi media yang kukuh untuk menyerlahkan sumbangan wanita serta menangani isu penting seperti sukan yang selamat dan kesihatan mental.

“Malaysia telah meletakkan asas berkenaan menerusi Kod Sukan Selamat yang dilancarkan pada 2023 yang menggalakkan maruah, rasa hormat serta perlindungan daripada gangguan dan penderaan dalam semua ruang sukan.

“Kita turut berpandukan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) yang merupakan kerangka jangka panjang bertujuan membina ekosistem sukan yang kompetitif, inklusif, selamat dan progresif,” katanya lagi.

Untuk rekod, di Malaysia hanya terdapat 602 jurulatih berlesen yang aktif daripada 3,027 jurulatih wanita berlesen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan