Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Farhan (dua kanan) menghulurkan sumbangan Perdana Menteri kepada Wan Azizah yang hidup dalam serba daif di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan, Pahang. - Foto Anwar Ibrahim (FB)

Ibu tunggal enam anak terima sumbangan Perdana Menteri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jun:  Keperitan hidup seorang ibu tunggal Madiah Awang menyara enam orang anak dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan sebagai tukang masak kantin sekolah dan kilang, telah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tampil menghulurkan sumbangan.

Bantuan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Madiah dalam rangka Ziarah MADANI di Kampung Tebing Tinggi, Balok, Kuantan hari ini.

“Dalam keadaan rumah yang retak di dapur dan lantai sudah reput di bahagian depan, dia masih mampu tersenyum malah meminta kami mengutamakan mereka yang lebih susah.

“Tiada keluhan. Tiada rungutan. Yang ada cuma kesungguhan untuk terus hidup dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan maruah,” menurut Ahmad Farhan di laman Facebook hari ini.

Ahmad Farhan berkata selain menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri, beliau dapat belajar erti kekuatan dan keikhlasan sebenar daripada wanita tersebut.

“Semoga Allah SWT terus mempermudah urusan Puan Madiah dan anak-anaknya, serta membuka pintu rezeki yang lebih luas untuk mereka. Insya-Allah,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan