Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lih Kang dan Ahmad Samsuri hadir merasmikan Minggu Sains Negara (MSN) 2025  Zon Pantai Timur di Kuala Terengganu hari ini. Foto, TVS.

Lebih 5,000 peserta meriahkan Karnival Minggu Sains Negara Zon Pantai Timur

KUALA TERENGGANU, 24 Jun: Lebih 5,000 peserta dijangka memeriahkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2025  Zon Pantai Timur yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Jun di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, MSN merupakan platform penting untuk menyemai minat, membina kesedaran dan memperkukuh ekosistem bakat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Malaysia.

Katanya bagi menghadapi gelombang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau, Malaysia tidak boleh hanya menjadi pengguna sebaliknya perlu melahirkan pencipta dan peneraju.

“(Sehubungan itu) MOSTI komited untuk memastikan bakat tempatan dibina secara inklusif dan berterusan agar negara bukan sahaja bersedia, malah mampu menerajui transformasi teknologi dan ekonomi masa depan.

“Saya berharap setiap aktiviti yang disusun menerusi MSN (selari) bagi memastikan Malaysia mampu menerajui transformasi teknologi dan ekonomi masa depan, dengan menyasarkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan seperti murid sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, para guru, pihak industri serta orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival MSN 2025 Zon Pantai Timur, di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu Lih Kang berkata, program tersebut juga melengkapi kurikulum sekolah sedia ada dengan memperkenalkan aktiviti luar bilik darjah yang bersifat ‘hands-on’ dan interaktif bersama pakar dalam bidang STI.

 “MOSTI akan terus memperkasa penganjuran MSN melalui pendekatan inklusif yang melibatkan seluruh pelusuk negara, termasuk kawasan luar bandar, agar manfaat sains dan teknologi dapat dirasai secara menyeluruh oleh masyarakat, katanya.

“Saya juga percaya, karnival MSN bukan sahaja dapat mencetus minat generasi muda terhadap sains, malah mampu merapatkan jurang STI dengan masyarakat umum melalui penglibatan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan