Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ruzaiman bersama-sama jawatankuasa tertinggi SUHA. Foto TVS

SUHA gesa tindakan tegas terhadap penipuan pakej haji di Sarawak

ByMahathir Haroun

KUCHING, 24 Jun: Persatuan Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes penipuan pakej haji yang berlaku di wilayah ini.

Pengerusi SUHA, Ruzaiman Ghazalee berkata, ia bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan besar malah menjejaskan niat dan perancangan ibadah umat Islam yang sekian lama menyimpan untuk menunaikan ibadah suci tersebut.

Menurutnya, terdapat laporan mengenai pihak tertentu yang menawarkan pakej haji tanpa lesen sah dan akhirnya gagal membawa jemaah ke Tanah Suci.

“Kes-kes sebegini dikatakan melibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di Sarawak.

“Ramai yang menabung bertahun-tahun demi menunaikan rukun Islam kelima ini. Penipuan seperti ini bukan sahaja mencalarkan kepercayaan, malah menyentuh emosi dan hati mereka yang benar-benar ikhlas ingin beribadah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, SUHA turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan bilangan ejen haji dan umrah yang beroperasi tanpa lesen sah di Sarawak.

“Ketiadaan pengawalan rapi membolehkan sesiapa sahaja tampil sebagai ejen tanpa kelayakan sekali gus membuka ruang kepada penipuan dan urus niaga tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Sehubungan itu menurutnya, SUHA menggesa pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pengendali tanpa lesen diperketatkan oleh pihak berkuasa.

“Langkah ini penting bagi mencegah lebih ramai menjadi mangsa penipuan terutamanya menjelang musim haji,” jelasnya.

Tambahnya, masyarakat Islam di Sarawak juga disaran meningkatkan kepekaan dan kesedaran terhadap risiko membeli pakej ibadah haji melalui saluran tidak sah.

“Badan-badan Islam negeri perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memberikan nasihat dan pencerahan kepada masyarakat agar sentiasa menggunakan saluran sah dan mematuhi peraturan sedia ada demi menjamin kelancaran dan keselamatan perjalanan ibadah,” kata Ruzaiman.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan