Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025-2026 dengan membawa masuk pemain tengah skuad Harimau Malaya Hector Hevel. Foto fail Malaysia NT(FB)

Hector Hevel pemain kelima sertai JDT hadapi kempen baharu Liga-M

ByBernama

JOHOR BAHRU, 24 Jun:  Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025-2026 dengan membawa masuk pemain tengah skuad Harimau Malaya Hector Hevel.

Pasukan Harimau Selatan itu mengumumkan ketibaan pemain berusia 29 tahun kelahiran Belanda berkenaan menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebook rasmi kelab lewat malam tadi, beberapa jam selepas memperkenalkan pemain pertahanan kelahiran Sepanyol Jon Irazabal.

Hevel, yang layak menyarung jersi Malaysia menerusi status pemain warisan akan menyarung jersi nombor 8 bersama JDT musim ini.

“Selamat datang ke JDT, Hector Hevel. Pemain tengah kami yang terbaharu!” menurut kenyataan kelab itu.

Bekas pemain ADO Den Haag dan Portimonense itu memulakan karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan Malaysia dengan cemerlang apabila menjaringkan gol pada penampilan sulung ketika menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac lepas.

Dia turut memainkan peranan penting dalam kemenangan 4-0 skuad kebangsaan ke atas Vietnam pada perlawanan Kumpulan F di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun.

Dengan kehadiran Hevel dan Irazabal, JDT kini telah mengesahkan lima pemain baharu bagi musim baharu. Tiga lagi pemain yang diumumkan sebelum ini ialah penyerang Ibrahim Manusi, pemain tengah Brazil Jairo Da Silva dan pertahanan Sepanyol Antonio Glauder.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan