Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Qatar terjejas ekoran serangan Iran ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Doha,awal pagi tadi waktu Malaysia. Foto AFP

Tiada rakyat Malaysia terjejas serangan ke atas pangkalan AS di Qatar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Qatar terjejas ekoran serangan Iran ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Doha,awal pagi tadi waktu Malaysia.

Kementerian berkata, pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Doha akan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan rakyat Malaysia yang berdaftar, serta memantau perkembangan di lapangan.

“Bersama agensi berkaitan, kementerian akan terus menilai keadaan dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Qatar. Kemas kini akan disediakan melalui saluran media rasmi jika perlu.

“Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan untuk terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan yang dikeluarkan oleh pinjam berkuasa tempatan dan terus berhubung dengan kedutaan untuk maklumat terkini,” jelas kementerian menerusi kenyataan media hari ini.

Tehran awal pagi tadi mengesahkan telah melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera AS di Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Tehran pada hujung minggu lalu.

Pegawai Iran dilaporkan telah menghantar pemberitahuan serangan itu ke Doha, manakala 13 daripada 14 peluru berpandu ditembak jatuh sebelum mencapai sasaran mereka.

Sementara Kementerian Luar atau Wisma Putra turut memaklumkan ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia di rantau ini boleh menghubungi Kementerian untuk maklumat lanjut di talian +603 8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.

Dalam perkembangan sama, Kedutaan Besar Malaysia di Dohq turut memaklumkan ruang udara Qatar telah dibuka semula selepas penutupan sementara untuk tujuan keselamatan penerbangan keluar dan masuk.

“Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan dinasihatkan untuk menyemak maklumat terkini mengenai status penerbangan masing-masing bagi memastikan kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu hari ini. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan