Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah mengadakan lawatan kerja ke PUSPAKOM Kota Samarahan. Foto JPJ Sarawak

Hasbi tinjau pengoperasian PUSPAKOM Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 24 Jun: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah mengadakan lawatan kerja ke PUSPAKOM di sini, bagi meninjau secara dekat pengoperasian pusat pemeriksaan tersebut pada Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan perkhidmatan yang disediakan serta mencadangkan penambahbaikan yang relevan demi memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan yang berkualiti, telus dan cekap.

Sepanjang lawatan, beliau diberikan taklimat ringkas mengenai operasi dan fungsi PUSPAKOM Kota Samarahan yang telah disampaikan oleh Thomson Jutis.

Taklimat ini merangkumi aspek teknikal pemeriksaan kenderaan, sistem pengurusan pelanggan serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memastikan pematuhan standard keselamatan kenderaan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, Ketua Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Ahmad Abdul Hadi Hamzah serta pegawai-pegawai kanan JPJ Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan