Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Alo, Mukah, hari ini. Foto hiasan Envato

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh sungai di Mukah

KAPIT, 23 Jun: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Alo di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mazwan Morsidi, 35, dan setakat ini masih belum ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operasi, Mustapha Wasli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.22 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal memaklumkan bahawa seorang lelaki dewasa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan usaha mencari serta menyelamat dimohon oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan menerusi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Setakat jam 1 tengah hari, operasi SAR masih diteruskan dengan tumpuan di lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Operasi turut dibantu oleh beberapa agensi lain termasuk polis dan penduduk kampung yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Usaha mencari akan diteruskan sehingga mangsa ditemukan, manakala sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan