Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden melibatkan pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini menyebabkan semua operasi penerbangan ke dan dari lapangan terbang itu digantung sementara. Foto tangkap layar video media sosial

Insiden pesawat tentera ganggu sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

KUCHING, 23 Jun: Insiden melibatkan pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini menyebabkan semua operasi penerbangan ke dan dari lapangan terbang itu digantung sementara waktu.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, pesawat berkenaan mengalami masalah ketika mendarat sekitar jam 11.15 pagi, sekali gus mendorong pihak berkuasa menggantung sementara semua penerbangan komersial serta mengalihkan beberapa penerbangan masuk sebagai langkah keselamatan.

“Pihak tentera kini sedang menguruskan situasi tersebut dan berusaha membersihkan landasan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kim Shin turut menzahirkan keprihatinan terhadap insiden itu dan memaklumkan bahawa kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan.

“Kami memantau situasi ini secara dekat dan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa terlibat bagi memastikan landasan dapat dibuka semula secepat mungkin, agar penerbangan yang terjejas dapat disambung semula dengan selamat,” katanya.

Orang ramai, khususnya penumpang yang terlibat, dinasihatkan agar merujuk saluran rasmi syarikat penerbangan masing-masing bagi maklumat terkini mengenai penjadualan semula penerbangan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan