Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nanta sifatkan pemergian Allahyarhamah Juma’ani satu kehilangan besar

KUCHING, 23 Jun: Pemergian isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negeri ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Allahyarhamah merupakan seorang figura yang sederhana, mudah didekati serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya warga Sarawak.

“Allahyarhamah adalah sumber kekuatan dan tulang belakang kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beliau juga kerap turun padang, termasuk ke kawasan luar bandar dan dikenali sebagai individu yang prihatin terhadap rakyat. Sudah pasti kita akan terasa kehilangan insan yang sangat kita hormati ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Cabutan Undi Tawaran Pelaksanaan Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Inisiatif Bajet 2025 bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1-G4 di sini, hari ini.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi di Pusat Pakar Perubatan Normah, di sini.

Penghormatan terakhir diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan