Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

BySaibi Gi

KUCHING, 23 Jun: Isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi pada usia 76 tahun.

Abdullah yang turut berada di hospital tersebut bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Juma’ani merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan