Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibarhim memeriahkan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Wan Junaidi pelopor perubahan MA63

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 23 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas peranan penting beliau dalam mempelopori perubahan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Anwar, ketegasan dan keberanian Tun Wan Junaidi dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak menjadi asas kukuh kepada usaha memperbetul dan menyeimbangkan semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri di Borneo.

“Rakyat Sarawak bertuah memiliki TYT yang tegas dan komited dalam memperjuangkan hak negeri ini khususnya dalam hal-hal berkaitan MA63,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Anwar turut mengakui kejayaan pelaksanaan dasar negara tidak mungkin dicapai tanpa dukungan dan kerjasama erat daripada pemimpin serta rakyat Sarawak.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap kekuatan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di wilayah ini yang menjadi model terbaik untuk seluruh negara.

“Inilah rahsia kejayaan kita, bukan sekadar menonjolkan perbezaan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi meraikan kekayaan etnik serta budaya sebagai aset negara,” ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi pengalaman memperkenalkan perayaan Gawai dan budaya unik Sarawak kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak gergasi dunia, ConocoPhillips sebagai usaha memperkukuh imej Malaysia di mata dunia.

“Saya berbangga memberitahu mereka bahawa inilah kekuatan sebenar Malaysia, kepelbagaian yang hidup dalam perpaduan,” jelasnya.

Beliau turut menyeru semua pihak agar terus memupuk semangat muhibah dan tidak menjadikan perbezaan sebagai punca persengketaan sebaliknya sebagai sumber kekuatan dalam membina negara yang adil dan makmur.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan