Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lapan rumah, gereja sedang dalam pembinaan musnah dalam kebakaran di Penampang

PENAMPANG, 18 Sept — Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan lapan rumah jenis tidak kekal dan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan di Kampung Babah Bunduon di sini, pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.48 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

“BBP Kota Kinabalu turut digerakkan bagi membantu operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada 9.20 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Misran berkata insiden turut memusnahkan tiga kenderaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan