Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Steven Sim menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) di Perai hari ini. Foto,TVS.

Lebih banyak kesatuan sekerja perlu diwujudkan – Steven

PERAI, 22 Jun: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan penubuhan lebih banyak kesatuan sekerja dan penyertaannya agar suara para pekerja didengari selain hak dan kebajikan mereka terbela.

Menterinya, Steven Sim berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan sehingga dua juta ahli kesatuan berbanding ketika ini seramai sejuta orang dengan terdapat lebih 700 kesatuan yang ditubuhkan.

Katanya, dengan penyertaan dalam kesatuan itu, ia membantu golongan pekerja supaya bersatu dalam membuat penawaran kepada majikan terutamanya perjanjian kolektif (CA) membabitkan rundingan gaji minimum pekerja.

“Lebih ramai pekerja berpersatuan diperlukan sebab bukan kita nak lawan, tetapi kita nak dapatkan kuasa tawar menawar lebih besar agar ada suara yang lebih besar untuk pekerja,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) di sini.

Acara itu disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Mohd Asri Abdul Wahab.

PHEKS 2025 telah menerima 1,049 permohonan daripada pelbagai kesatuan sekerja dari seluruh negara dengan 551 permohonan bernilai RM7.15 juta telah diluluskan bagi menjalankan aktiviti berkaitan kesatuan sekerja.

Bagi peringkat Zon Utara, sebanyak 124 permohonan bernilai RM1.5 juta telah diluluskan tahun ini

Sementara itu, Steven berkata, kerajaan MADANI turut menawarkan faedah kepada ahli kesatuan sekerja termasuklah kad pekerja MADANI yang menawarkan potongan harga bagi pembelian barangan tertentu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan