Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Penganggur mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki

ByBernama

KOTA BHARU, 22 Jun: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 12 Jun lepas.

Che Asmizan Che Jaafar, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh di sini pada 8 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi lantikan peguam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan