Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peranan TVS sebagai media rasmi adalah untuk mempromosikan RWMF dengan lebih meluas termasuk kepada mereka yang tidak berpeluang hadir secara fizikal. Foto Surfri Affendi (TVS)

TVS komited angkat muzik, budaya Sarawak ke pentas dunia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Jun: TV Sarawak (TVS) terus komited memperkukuhkan peranannya sebagai penyiar rasmi dalam memperkasa warisan muzik dan budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa khususnya Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

Ketua Kandungan Kreatif TVS, Jamal Abdullah berkata, kerjasama berterusan bersama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bukan sekadar sokongan media malah menjadi platform strategik untuk memperkenalkan industri muzik tempatan dan kepelbagaian budaya dunia.

“Setiap tahun, penglibatan kami dipertingkatkan. Ia peluang besar untuk menonjolkan muzik berunsur budaya dari Sarawak.

“RWMF adalah ruang unik yang mana artis seluruh dunia berkumpul dalam suasana tropika yang mencerminkan identiti Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, RWMF menjadi jambatan hubungan erat bukan sahaja antara penonton dan pemuzik malah dengan penaja serta pelbagai pihak terlibat.

Sebagai saluran milik Kerajaan Sarawak, TVS mengambil serius peranan mempromosi pembangunan wilayah ini melalui medium penyiaran.

“Siaran langsung dan liputan khas seperti RWMF bukan sahaja menyemarakkan minat dalam kalangan rakyat Malaysia, malah memperkenalkan Sarawak kepada penonton antarabangsa,” ujar Jamal.

Menurutnya, promosi melalui penyiaran membuka peluang luas kepada sektor pelancongan iaitu salah satu industri penting bagi penjanaan ekonomi rakyat.

“Penyiaran acara seperti RWMF juga membantu mengetengahkan bakat anak Sarawak ke peringkat global selain berpotensi dijemput menyertai festival luar negara seperti di Jerman dan Indonesia,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan