Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu telah mengadakan Op Bersepadu di kawasan pentadbirannya semalam.Foto IPD Lundu

11 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu IPD Lundu

LUNDU, 22 Jun: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu telah mengadakan Op Bersepadu di kawasan pentadbirannya semalam.

Operasi yang diadakan mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Inspektor Benjamin Annau Kalom serta dua pegawai kanan dan 19 anggota lain-lain cawangan IPD Lundu.

Menurut kenyataan IPD Lundu, sepanjang operasi dijalankan seramai 50 orang pengguna jalan raya dan 39 buah kenderaan telah diperiksa.

Sebanyak 11 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melibatkan kenderaan berat dan lain-lain kenderaan, empat laporan tangkapan telah dibuat berkait pelbagai kesalahan jenayah.

Objektif operasi ini dijalankan bertujuan untuk mencegah dan membanteras kejadian jenayah, memastikan kawasan dan tempat tumpuan kunjungan orang ramai dalam keadaan selamat dan harmoni tanpa sebarang ancaman jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Mordani Tanin turut turun padang dalam operasi ini.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan