Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. Foto TVS

Umat Islam perlu ungguli semua bidang keilmuan

KUCHING, 22 Jun: Umat Islam di Sarawak perlu mengungguli semua bidang keilmuan dalam melahirkan insan yang cemerlang membentuk umat terbaik kepada sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mencapai kemajuan dari aspek fizikal dan material tetapi juga dipandu dengan nilai akhlak dan nurani.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, Islam perlu melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam semua bidang meliputi agama, sains dan teknologi bagi mengimbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi (alam akhirat).

“Tokoh intelektual Islam yang terkenal, Ibnu Khaldun telah menyebutkan bahawa Ilmu dan penghayatannya amat penting nagi melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri Ulul Albab (orang yang memiliki akal budi)

“Oleh itu usaha berterusan secara intensif dan berstrategi perlu dilaksanakan dengan memperkasa rohani dan jasmani dalam rangka Al-Quran dan juga As-Sunnah,” katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching yang diadakan di Masjid Darul Ibadah Batu Kawa di sini, pada malam Sabtu.

Tambah beliau lagi, Islam turut mementingkan keseimbangan kejayaan di dunia dan akhirat menerusi terjemahan yang terdapat dalam salah satu seruan azan iaitu “Marilah Menuju Kejayaan”.

Selain itu, Islam turut menitik beratkan perpaduan terutama di kalangan kaum Islam itu sendiri dan ini dapat dilihat menerusi penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah di mana baginda akhirnya berjaya menyatukan dua golongan iaitu Muhajirin (Mekah) dan Ansar (Madinah) – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan