Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada lagi ujian RT-PCR diperlukan untuk memasuki Bintulu

by : Alexandra


BINTULU, 18 Sept – Mereka yang ingin memasuki Bintulu tidak lagi perlu menjalani ujian calitan RT-PCR mulai hari ini (18 Sept) demikian disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu.

Residen Bahagian Bintulu yang juga Pengerusi JPBB, Jack Luat berkata pihaknya telah memutuskan untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN), bahawa keputusan ujian rT-PCR atau RTK-Antigen tidak lagi diperlukan untuk perjalanan antara daerah, termasuk ke Bintulu mulai hari ini.

Bagaimanapun katanya, permit polis masih diperlukan untuk tujuan rentas daerah. “Ujian rT-PCR atau RTK-Antigen tidak lagi diperlukan untuk perjalanan antara daerah di negeri ini, dan hanya mereka yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan untuk memasuki Bintulu.

“Mereka yang mempunyai satu dos vaksin Covid-19 tetap diperlukan untuk mengemukakan keputusan ujian rT-PCR atau RTK-Antigen, bagi memastikan mereka bebas daripada virus coronavirus itu” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan