Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun di sini hari ini, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp. Foto Penang Kini (Facebook)

Dua remaja sesat diselamatkan selepas ‘WhatsApp’ lokasi keberadaan

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 21 Jun: Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun di sini hari ini, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi keberadaan mangsa yang dikongsi menerusi WhatsApp pada 1.16 tengah hari.

“Lima anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan turut dibantu oleh orang awam.

“Kedua-dua mereka yang berusia 18 tahun berjaya ditemukan dan dibawa turun dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada 4.14 petang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada penjaga masing-masing.

Dalam kes berasingan di Taman Seri Acheh Nibong Tebal, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun diselamatkan pasukan bomba selepas kakinya tersepit pada besi tangga.

John memaklumkan sepasukan anggota dari BBP Nibong Tebal bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.23 petang.

“Pasukan bomba melakukan kerja penyelamatan dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa. Mangsa kemudian diserahkan kepada penjaga untuk dibawa ke klinik bagi rawatan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan