Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berdepan detik cemas selepas mengalami kekejangan kaki ketika mendaki Gunung Singai, Bau, hari ini. Foto JBPM

Bomba bantu remaja perempuan alami kekejangan kaki ketika daki Gunung Singai

BAU, 21 Jun: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berdepan detik cemas selepas mengalami kekejangan kaki ketika mendaki Gunung Singai di sini, hari ini.

Komander Operasi, Murad Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.42 tengah hari dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian adik mangsa memaklumkan kakaknya mengalami kekejangan kaki di aras 12 Gunung Singai yang memerlukan khidmat pihak bomba bagi membawa mangsa turun ke kaki gunung.

“Pihak bomba membawa bucket stretcher,webbing dan tali bagi tujuan membawa mangsa turun. Setelah menjumpai serta menstabilkan mangsa di bucket stretcher, anggota bomba membawa mangsa turun ke kaki gunung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menolong pihak bomba menurunkan mangsa dari aras 6 ke kaki gunung.

“Setelah sampai di kaki gunung dengan selamat ahli keluarga mangsa membawa mangsa ke hospital Bau bagi menerima rawatan,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan