Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 19,000 kilogram (kg) beras putih dari Thailand ketika melakukan rondaan Op Taring Wawasan di Jalan Kampung Air Gatal, Tanah Merah, semalam. Foto Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara

PGA gagal cubaan seludup 19,000 kg beras putih dari Thailand

ByBernama

KOTA BHARU, 21 Jun: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 19,000 kilogram (kg) beras putih dari Thailand ketika melakukan rondaan Op Taring Wawasan di Jalan Kampung Air Gatal, Tanah Merah, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam operasi kira-kira 4 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 9 PGA telah mengesan beberapa individu sedang memunggah guni ke dalam treler di lokasi berkenaan.

Beliau berkata kesemua suspek bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan yang sedang melakukan rondaan.

“Barang rampasan termasuk treler dianggarkan bernilai RM426,000 dan diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata pihaknya turut menggagalkan cubaan menyeludup 11 ekor lembu selepas menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Khamis lepas.

“Pemandu gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berkaitan lembu berkenaan. Pemandu warga tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi penghantar lembu, turut ditahan,” katanya.

Beliau berkata kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM151,000 termasuk lori dan hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan