Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Panama pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama lima hari di wilayah barat Bocas del Toro susulan gelombang protes ganas terhadap pembaharuan sistem keselamatan sosial, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto Juan Carlos Orillac U (Media sosial)

Panama isytihar darurat lima hari susulan protes ganas di Bocas Del Toro

ByBernama

BOGOTA (Colombia), 21 Jun:  Kerajaan Panama pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama lima hari di wilayah barat Bocas del Toro susulan gelombang protes ganas terhadap pembaharuan sistem keselamatan sosial, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Keputusan itu diambil selepas penunjuk perasaan bertindak merampas sebuah lapangan terbang dan pejabat syarikat multinasional pisang, dalam insiden yang mencetuskan keganasan.

Pengisytiharan darurat turut menggantung sementara beberapa hak individu termasuk kebebasan bergerak dan berhimpun sepanjang tempoh darurat.

“Kami ambil langkah ini bagi menghalang kumpulan radikal dan jenayah daripada berkumpul untuk merancang tindakan ganas, vandalisme dan merosakkan harta benda,” kata Menteri di Jabatan Presiden, Juan Carlos Orillac dalam sidang media selepas Presiden Jose Raul Mulino mengadakan mesyuarat Kabinet tergempar.

Pada Khamis malam, penunjuk perasaan dilaporkan merompak kemudahan Chiquita Panama, syarikat pisang terkemuka di Changuinola, wilayah Bocas del Toro.

Mereka turut membakar stadium bola sepak dan merampas Lapangan Terbang Changuinola, termasuk mencuri kenderaan syarikat sewa serta barang peribadi dari pejabat terminal.

Kerajaan menyifatkannya sebagai satu bentuk “vandalisme” dan mendakwa peningkatan keganasan di wilayah itu bermotifkan politik.

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa situasi di wilayah Bocas del Toro telah meningkat dalam beberapa jam lalu akibat tindakan ganas yang dilakukan kumpulan radikal dan unsur jenayah yang menyusup masuk ke dalam demonstrasi,” menurut kenyataan rasmi pada Khamis.

Presiden Mulino sebelum ini mengerah 1,500 anggota polis ke Bocas del Toro di bawah “Operasi Omega” bagi membuka semula laluan yang disekat.

Operasi itu membabitkan sekurang-kurangnya 55 tangkapan, beberapa kecederaan serta kematian seorang pemuda yang kini dalam siasatan.

Protes terhadap pembaharuan keselamatan sosial bermula di seluruh negara pada April lalu, diketuai kesatuan guru dan pekerja binaan yang memulakan mogok.

Pada Mei, pekerja ladang pisang di Bocas del Toro turut menyertai mogok dengan alasan undang-undang baharu itu menjejaskan faedah mereka.

Sekatan jalan yang berpanjangan turut menyebabkan kekurangan bekalan asas di wilayah itu yang bergantung kepada industri pisang dan pelancongan sebagai sumber ekonomi utama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan