Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memuji keberanian tiga PBT Sarawak yang yang tampil melaksanakan Voluntary Local Review (VLR). Foto Muqri Aziz (TVS)

Tiga PBT Sarawak dipuji laksana laporan VLR secara sukarela

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Jun: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memuji tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan Majlis Daerah Sarikei (MDS) kerana tampil melaksanakan Voluntary Local Review (VLR) dalam usaha menilai pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat lokaliti.

Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, pelaksanaan laporan VLR mencerminkan komitmen terhadap ketelusan dan penambahbaikan dasar.

“Malangnya, budaya politik kita sering menjadikan laporan seperti ini sebagai alat kritikan semata-mata bukan sebagai asas penambahbaikan. Sepatutnya, laporan ini membantu kita mengenal pasti punca sebenar sama ada kekangan dana, tenaga kerja, pendidikan atau dasar dan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPP, MPKS, MDS dan URBANICE Malaysia bagi penyediaan laporan VLR, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai, Pengerusi MPKS, Abang Ismawi Abang Ali, Pengerusi MDS Stephen Wong Kie Yong, Pemangku Setiausaha Tetap MPHLG Desmond Douglas Jerukan dan Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia, Norliza Hashim.

Dr. Sim menjelaskan, kejayaan agenda pembangunan negeri tidak hanya bergantung kepada kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tetapi turut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat akar umbi dan PBT.

“Saya berharap lebih banyak PBT tampil ke hadapan seperti MPP, MPKS dan MDS. Pendekatan menyeluruh ini membolehkan kita mengenal pasti jurang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara kolektif,” ujarnya.

Sebagai rekod, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) menjadi PBT pertama membangunkan laporan VLR dan Pelan Tindakan SDG pada tahun 2023 diikuti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada 2024.

VLR merupakan laporan sukarela oleh PBT yang menilai kemajuan pelaksanaan SDG, menyelaras dasar tempatan dan memperkukuh penglibatan komuniti.

Inisiatif tersebut dilaksanakan secara pembiayaan kendiri, mencerminkan kepimpinan tempatan yang proaktif dan bertanggungjawab.

Dengan penyertaan terbaharu oleh MPP, MPKS dan MDS, Sarawak terus mengukuhkan kedudukan sebagai negeri perintis dalam pelaksanaan SDG secara lokaliti melalui pelaporan sukarela yang sistematik dan berpaksikan data.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan