Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan lori muatan ikan yang terbabas di Jalan SESB Kudat. Foto JBPM

Lori muatan ikan terbabas di Kudat

KUDAT, 20 Jun: Sebuah lori yang membawa muatan ikan seberat enam tan terbabas di Jalan SESB di sini awal petang Jumaat mengakibatkan seorang lelaki cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya.

Mangsa yang cedera merupakan lelaki berusia 41 tahun dan menerima rawatan awal daripada pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera bomba untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.57 tengah hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan