Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata SCC akan dipacu oleh ahli yang mewakili pelbagai kepakaran dan etnik di Sarawak. Foto TVS

Majlis Kraftangan Sarawak pacu industri kraf Sarawak ke pentas global

KUCHING, 20 Jun: Majlis Kraftangan Sarawak (SCC) kini rasmi berfungsi sebagai pihak berkuasa utama dalam pembangunan industri kraf di negeri ini, susulan pewartaan Ordinan Majlis Kraf Sarawak 2023 pada 1 Mei lalu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata SCC akan dipacu oleh ahli yang mewakili pelbagai kepakaran dan etnik di Sarawak.

“Kita ada wakil daripada Orang Ulu, Melayu Melanau, Cina, Iban dan Bidayuh.

“Kami juga ingin memastikan melalui kepelbagaian ini kita boleh membangunkan sesuatu keunikan untuk dipamerkan, bukan hanya kepada masyarakat tempatan Sarawak tetapi kepada dunia tentang jenis-jenis kraf yang kita ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Pertama SCC di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, keanggotaan majlis itu meliputi tokoh berpengalaman dalam pelbagai cabang kraf seperti tekstil, rotan dan anyaman.

Tambahnya, SCC akan memperkenalkan piawaian kualiti produk kraf tempatan serta menganjurkan seminar dan ekspo sebagai platform pembangunan dan promosi.

“Kita mahu dunia tahu tentang keunikan kraf Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan