Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Christina Liew (empat kanan) bersama tetamu dan penganjur sempena majlis makan malam alu-aluan ATEX 2025. Foto KePKAS

Sabah tonjol pesona pelancongan ASEAN menerusi ATEX 2025

KOTA KINABALU, 20 Jun: Sabah memanfaatkan peluang sebagai tuan rumah ASEAN Travel Exchange 2025 (ATEX 2025) untuk menonjolkan keunikan pelancongannya kepada lebih 500 delegasi dari 15 negara menerusi majlis makan malam alu-aluan di Shangri-La Tanjung Aru, malam tadi.

Acara sulung yang menghimpunkan pemain industri pelancongan rantau ini disifatkan sebagai pemangkin pertukaran budaya dan jaringan kerjasama antara negara ASEAN serta rakan strategik serantau.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew, yang juga tetamu kehormat majlis itu, mencadangkan supaya ATEX dijadikan acara tahunan bagi memanfaatkan potensi pelancongan serantau secara berterusan.

“Saya menggesa Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA), Datuk Tan Kok Liang, untuk meneliti cadangan menjadikan acara ini tradisi tahunan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan lawatan timbal balik antara negara ASEAN sebagai usaha mencipta pengalaman pelancongan baharu yang lebih segar.

“Kepada yang pertama kali ke Sabah, saya galakkan anda keluar meneroka. Dari Gunung Kinabalu yang menjadi simbol kekuatan, ke pasar yang meriah dan pulau yang penuh kehidupan.

“Sabah bukan hanya cantik, ia menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menjadikan ATEX 2025 sebagai platform memperkukuh semangat serantau dalam bidang pelancongan dan memupuk perpaduan menerusi hubungan rakyat.

Antara negara yang menyertai termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, China, India, Nepal, Oman, Pakistan dan Korea Selatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan