Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara barangan lusuh dan e-waste yang ditemukan di premis tidak berlesen ketika operasi Op Hazard 2.0. Foto PGA Sabah

44 ditahan, e-Waste haram RM10.3 juta dirampas di Sabah

KOTA KINABALU, 20 Jun: Seramai 44 individu termasuk 15 warga asing ditahan dalam satu operasi khas membanteras kegiatan haram pengumpulan barangan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) serta barang lusuh di seluruh Sabah.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata kesemua mereka ditahan dalam Op Hazard 2.0 yang dijalankan serentak membabitkan serbuan ke atas 16 lokasi di sembilan daerah pada 16 Jun lalu.

Menurutnya, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama pelbagai agensi penguat kuasa di Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, Keningau, Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

“Daripada jumlah itu, 23 adalah lelaki, lima wanita dan seorang kanak-kanak tempatan, manakala selebihnya terdiri daripada lelaki dan wanita warga Filipina serta Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut merampas pelbagai barangan e-waste dianggarkan bernilai RM10.3 juta yang dipercayai dikumpul dan dibeli secara tidak sah oleh premis-premis terlibat.

Antara kesalahan dikenal pasti termasuk melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan (Buangan Berjadual) 2005, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Turut dikesan ialah pelanggaran Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) serta Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948.

Seramai 313 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi itu termasuk PGA, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“PGA komited memerangi kegiatan haram yang menjejaskan keselamatan, alam sekitar dan kesihatan awam,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan