Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lagi kematian akibat demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) dilaporkan di Pakistan, menjadikan jumlah korban setakat tahun ini meningkat kepada lima, menurut jabatan kesihatan wilayah pada Khamis. Foto hiasan Envato

5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini

ByBernama

ISLAMABAD, 20 Jun: Tiga lagi kematian akibat demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) dilaporkan di Pakistan, menjadikan jumlah korban setakat tahun ini meningkat kepada lima, menurut jabatan kesihatan wilayah pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan jabatan kesihatan wilayah, dua kematian terbaharu berlaku di Peshawar, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, di mana pesakit dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan gejala virus berkenaan,

Mangsa ketiga merupakan seorang nelayan berusia 26 tahun yang meninggal dunia di Karachi, ibu negeri wilayah selatan Sindh.

Pada April lalu, Quetta di wilayah barat daya Balochistan melaporkan kematian pertama berkaitan CCHF tahun ini apabila seorang pesakit berusia 18 tahun meninggal dunia akibat jangkitan itu.

Kematian kedua berlaku awal minggu ini pada Selasa di Karachi, melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dijangkiti virus tersebut.

CCHF, yang dicirikan oleh demam, sakit otot, sakit kepala dan pendarahan, mempunyai kadar kematian yang tinggi iaitu antara 10 hingga 40 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan