Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia dan China berpegang kepada pendekatan yang sama dengan kedua-duanya mengecam tindakan Israel yang melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Foto fail United Nations

Rusia, China kecam tindakan Israel langgar Piagam PBB – Pembantu Kremlin

ByBernama

MOSCOW, 19 Jun: Rusia dan China berpegang kepada pendekatan yang sama dengan kedua-duanya mengecam tindakan Israel yang melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pembantu Kremlin, Yuri Ushakov pada Khamis.

“Kedua-dua pihak berpegang kepada pendekatan yang serupa dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melanggar Piagam PBB serta norma undang-undang negara yang lain,” kata Ushakov kepada pemberita selepas perbualan telefon antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin China Xi Jinping yang berlangsung awal hari ini.

Xi memberitahu Putin bahawa beliau percaya usaha pengantaraan Rusia dalam konflik antara Iran dan Israel akan menyumbang kepada pengurangan ketegangan “dalam situasi yang amat penting ketika ini,” tambah Ushakov.

“Perbualan itu sebahagian besarnya tertumpu kepada situasi yang semakin meruncing di Timur Tengah … Moscow dan Beijing secara asasnya percaya bahawa tiada penyelesaian ketenteraan terhadap situasi semasa serta isu berkaitan program nuklear Iran,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan