Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar menyampaikan ucaptama pada Forum Nikkei Medini di Johor hari ini. Foto, Facebook Anwar Ibrahim.

ASEAN perlu fokus pertumbuhan mampan di sebalik ketidaktentuan global

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ASEAN perlu membina kekuatan baharu termasuk memfokuskan pertumbuhan mampan di sebalik ketidaktentuan global.

Jelas Perdana Menteri, pada peringkat domestik pula, Malaysia juga perlu kekuatan baharu dengan mengambil kira pelbagai isu antarabangsa, termasuk keputusan mengejutkan tarif oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kata beliau perkara itu diburukkan lagi konflik yang tercetus melibatkan Israel dengan Iran selain perang berpanjangan di Ukraine.

“Dunia sedang melalui zaman yang mencabar, di mana keputusan-keputusan yang tidak dijangka mencetuskan ketidaktentuan.

“Oleh itu, Malaysia bersama ASEAN perlu fokus kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kerjasama serantau untuk kekal relevan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Nikkei Medini Johor 2025, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa ASEAN merupakan zon yang mempunyai potensi besar untuk pertumbuhan ekonomi.

Namun jelas Anwar perkara itu hanya boleh dicapai dengan kestabilan politik dan kerjasama yang erat dalam kalangan negara-negara anggota.

“Dalam konteks domestik, Malaysia sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merangsang ekonomi.

“Ini termasuk mengukuhkan kedudukannya sebagai hab utama semikonduktor di Asia Tenggara,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan