Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua-dua suspek telah ditangkap polis dan permohonan reman telah dibuat hari ini. Foto hiasan Envato

Polis tahan dua suspek serang peniaga di Kanowit

KANOWIT, 19 Jun: Seorang peniaga sayur cedera selepas diserang dua lelaki dipercayai berpunca daripada dituduh mencuri mata kail dalam kejadian di kawasan tapak penjaja sayur di Pasar Kanowit semalam.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal berkata dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun didatangi dua suspek lelaki berusia 18 dan 57 tahun yang dikenalinya.

“Mangsa diserang menggunakan tangan dan topi keledar menyebabkannya mengalami lebam di badan dan kepala.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan mangsa menuduh salah seorang suspek mencuri mata kail pancing miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berikutan itu mangsa telah datang ke balai polis membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

“Kedua-dua suspek telah ditangkap pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kanowit.

“Pihak polis juga telah merampas topi keledar yang dipercayai digunakan semasa kejadian dan akan mendapatkan laporan perubatan penuh daripada mangsa,”ujarnya.

Katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek juga telah dibuat pada hari ini, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan