Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

China laksanakan tarif sifar kepada negara paling kurang membangun

ByBernama

GENEVA, 19 Jun: China secara rasmi memaklumkan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa negara itu telah memberikan layanan tarif sifar bagi 100 peratus produk yang tersenarai dalam senarai item bercukai daripada semua negara yang tergolong sebagai Negara Paling Kurang Membangun (LDC) dan mempunyai hubungan diplomatik dengan Beijing.

Perkara itu diumumkan oleh wakil China semasa siri mesyuarat pembangunan WTO yang berlangsung di sini pada Rabu.

Wakil berkenaan turut menyatakan komitmen China untuk memperluaskan dasar tersebut kepada 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik, melalui perjanjian kerjasama pembangunan ekonomi yang akan dimuktamadkan kelak.

Menurutnya, langkah berkenaan akan membuka peluang pembangunan baharu serta merangsang pertumbuhan ekonomi di negara-negara LDC, terutamanya di Afrika, sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan tenaga positif dalam perdagangan global.

Di sebalik situasi perdagangan antarabangsa yang tidak menentu, China menyeru anggota WTO terutama negara maju dan negara membangun yang berkemampuan, agar mempergiat kerjasama untuk mempertahankan sistem perdagangan global yang bebas, terbuka dan berasaskan peraturan, di samping mendorong globalisasi ekonomi yang lebih inklusif dan universal.

Dalam siri mesyuarat yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun itu, wakil dari Kumpulan LDC dan Kumpulan Afrika di WTO turut menyuarakan harapan agar lebih banyak negara anggota mengikuti jejak langkah China dengan menawarkan dasar keutamaan yang lebih tepat kepada ekonomi membangun, termasuk bantuan pembinaan kapasiti serta pelbagai bentuk sokongan lain.

Langkah sedemikian diyakini mampu memperkukuh peranan negara LDC dalam perdagangan global dan menyumbang ke arah pembangunan perdagangan antarabangsa yang inklusif serta mampan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan