Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Ago hadir merasmikan Townhall Keselamatan dan Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Shah Alam hari ini. Foto, TVS.

KPN lancarkan Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN)

SHAH ALAM, 19 Jun: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah memperkenalkan platform digital Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) yang membolehkan orang awam menyalurkan aduan berkaitan isu perpaduan dengan lebih mudah, pantas dan selamat.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, platform ini berfungsi sebagai saluran rasmi untuk meningkatkan keberkesanan sistem pemantauan keselamatan serta keharmonian sosial di peringkat komuniti.

“RAKAN merupakan satu inisiatif yang mendekatkan rakyat kepada kerajaan dan memperkasa komuniti untuk menjadi mata dan telinga kepada usaha-usaha menjaga keharmonian nasional.

“Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan penyampaian aduan, tetapi juga mampu membudayakan tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat terhadap isu-isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Townhall Keselamatan dan Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Menurutnya, RAKAN merupakan kesinambungan daripada sistem eSepakat, yang hanya digunakan dalam kalangan agensi kementerian.

Jelas beliau menerusi RAKAN, penyertaan orang awam dibuka secara menyeluruh sekali gus memperluas capaian aduan dari akar umbi.

“Platform ini dibangunkan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk memudahkan orang awam menyalurkan aduan secara digital berkaitan isu-isu perpaduan.

“Inisiatif ini juga diperkenalkan bagi memperkukuh pengurusan maklumat dan respons terhadap aduan komuniti serta meningkatkan kecekapan sistem pemantauan keselamatan dan keharmonian di peringkat akar umbi,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyatakan kementeriannya turut melaksanakan pelbagai strategi baharu menggunakan teknologi digital. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan