Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabriel Nistelrooy perkuat jentera serangan Kuching City FC. Foto Kuching City FC

Gabriel Nistelrooy perkuat jentera serangan Kuching City FC

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Jun: Spekulasi mengenai masa depan penyerang sensasi negara, Gabriel Nistelrooy Tamin akhirnya terjawab apabila Kuching City FC mengumumkan secara rasmi penyertaan pemain muda berbakat itu ke dalam skuad mereka.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab hari ini.

Gabriel, 25, mencuri perhatian musim lalu selepas muncul penjaring terbanyak dengan 24 gol bersama JDT II dalam saingan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2024/2025 sekali gus memenangi kasut emas dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala MFL dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025.

Anak jati Miri itu dijangka menjadi watak penting dalam jentera serangan Kuching City FC musim akan datang.

Setakat ini, Kuching City FC turut mendapatkan khidmat Danial Asri (penyerang), Haziq Nadzli (penjaga gol) serta mengikat Ramadhan Saifullah dan Hazwan Bakri secara tetap bagi memperkukuh barisan serangan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan