Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM48,800 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan di atas talian yang menjanjikan komisen tinggi. Foto hiasan Envato

Tertipu komisen lumayan, suri rumah rugi hampir RM50,000

SIBU, 19 Jun: Seorang suri rumah berusia lingkungan 50-an kerugian sebanyak RM48,800 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaii berkata, mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp pada 15 Jun, menawarkan pekerjaan sambilan yang hanya memerlukan mangsa menekan like di aplikasi Lazada.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa kemudiannya diarahkan membuat beberapa transaksi pemindahan wang dengan janji akan menerima komisen tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, pada 17 Jun, mangsa membuat tiga pemindahan berjumlah RM48,800 ke dalam tiga akaun bank tempatan berbeza.

“Mangsa mula curiga apabila diminta membuat bayaran tambahan. Menyedari ditipu, beliau segera membuat laporan polis pada 18 Jun,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan