Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UNIMAS mencatat pencapaian membanggakan dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025, dengan kedudukan terkini dalam kelompok 101–200 dunia. Foto UNIMAS

UNIMAS catat lonjakan global dalam THE Impact Rankings 2025

KUCHING, 19 Jun: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencatat pencapaian cemerlang apabila tersenarai dalam kelompok 101 – 200 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025 iaitu peningkatan ketara berbanding kedudukan 401–600 pada tahun 2023.

Peningkatan berterusan itu mencerminkan kejayaan UNIMAS dalam menyelaraskan strategi institusi dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurut kenyataan UNIMAS, lonjakan prestasi itu didorong oleh pendekatan berasaskan bukti, pemantauan berstruktur serta penekanan terhadap impak lestari dalam penyelidikan, pengajaran dan khidmat komuniti.

Antara pencapaian tertinggi UNIMAS dalam THE Impact Rankings 2025 termasuk SDG 17: Partnership for the Goals – kedudukan ke-16 dunia, mengiktiraf usaha UNIMAS dalam memperkukuh kerjasama strategik merentas sektor dan sempadan dan SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions – tempat ke-36 dunia, menunjukkan komitmen terhadap tadbir urus berintegriti dan ketelusan institusi.

Pencapaian lain termasuk SDG 7: Affordable and Clean Energy – tangga ke-81 dunia dan SDG 2: Zero Hunger –kedudukan ke-94 dunia.

Selain itu, UNIMAS kekal konsisten dalam SDG 13 (Climate Action), SDG 14 (Life Below Water) dan SDG 15 (Life on Land), kesemuanya dalam kelompok 101–200 dunia sekali gus menonjolkan usaha berterusan universiti dalam kelestarian alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti.

Pencapaian tersebut menentukan hala tuju strategik UNIMAS dalam memperkukuh impak global menerusi kepimpinan berwawasan dan pemacuan nilai lestari di peringkat institusi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan