Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Warisan Sarawak tahun ini di Kuching hari ini. Foto TVS

Tapak arkeologi baharu bakal lonjak pelancongan Sarawak – Abdul Karim

ByXiaoyuann

KUCHING, 18 Jun: Sarawak bakal menambah satu lagi daya tarikan pelancongan apabila beberapa tapak arkeologi baharu yang dibangunkan oleh Jabatan Muzium Sarawak dijangka dirasmikan tahun ini.

Tapak-tapak tersebut termasuk Santubong, Bukit Maras, Sungai Jauh dan Pusat Wallace, yang kini dalam fasa akhir pembangunan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sarawak dan agensi berkaitan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tapak ini bakal menawarkan pengalaman sejarah dan budaya yang lebih mendalam kepada pengunjung, selain merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

“Untuk tujuan perasmian kita sedang menunggu pengesahan tarikh oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Selain tapak arkeologi, Muzium Maritim di Kuching turut dijadualkan untuk dirasmikan tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan Muzium Maritim di Sarawak kepada empat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Warisan Sarawak tahun ini di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa 14 tapak telah diisytihar sebagai warisan rasmi di bawah Ordinan Warisan Sarawak, termasuk rumah panjang, tapak pertempuran, pusara tokoh, batu bersejarah dan tinggalan kapal Jepun.

“Antaranya Rumah Panjang Melanau, Kampung Sok, Matu, Sacred Heart Church, Kanowit, Tapak Pertempuran Beting Maro, Batu Ritong di Pa’ Lungan, Bario  dan Japanese Landing Craft, Brighton Beach, Miri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sarawak akan menyertai sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang dijadualkan berlangsung di Kedah pada 23–29 Julai dengan tema “Masa Depan Muzium dalam Komuniti yang Berubah Pantas”.

“Langkah ini dijangka memperkukuh lagi kedudukan Sarawak sebagai hab warisan budaya dan pelancongan di rantau ini,” jelasnya.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan