Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak catat 3,480 kes baharu COVID-19, tiga kematian

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini mencatat penurunan apabila merekodkan 17,577 kes berbanding 18,815 kes semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,067,327.

Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,480 kes, disusuli Selangor (2,646) dan Johor dengan 2,334 kes.

Di Sarawak 3,472 kes atau 99.77 % merupakan kes bagi kategori 1 dan 2.

Manakala 8 kes atau 0.23 % terdiri daripada kategori 3,4 dan 5.

Peningkatan jumlah kes di Sarawak juga melihat daerah Kuching dengan kes harian tertinggi apabila 996 kes dicatatkan.

Ia diikuti Serian 422, Sibu 272, Bintulu 231 dan Samarahan 172.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut memaklumkan terdapat tiga kes kematian baharu membabitkan daerah Kuching , Sarikei dan Mukah.

Satu kluster baharu dikesan melibatkan kluster komuniti iaitu Kluster Sungai Pana di Beluru.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan