Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah merakamkan kenangan bersama warga rumah panjang pada Program Outreach Ziarah Gawai dan Raya KPWK bersama rakan strategik di Rumah Panjang Kampung Rayu Iban, Kuching pada Rabu. Foto TVS

KPWK turun padang santuni warga Rumah Panjang Kampung Rayu Iban

KUCHING, 18 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak menyantuni lebih 1,000 warga rumah panjang Kampung Rayu Ibanpada hari ini sempena Program Outreach Ziarah Gawai dan Raya KPWK bersama rakan strategiknya.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program ini merupakan wadah bagi KPWK serta agensi-agensi dibawahnya untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat dalam keadaan terbaik melalui sistem sokongan yang disediakan menerusi inisiatif kerajaan negeri yang giat dilaksanakan oleh kementeriannya.

“Kita merasakan ini merupakan pendekatan untuk memastikan mana-mana komuniti yang jarang-jarang kita dampingi atau santuni, akan dapat memperoleh maklumat serta menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian, jabatan-jabatan serta rakan strategik kita.

“Pada masa yang sama, saya merasakan bahawa ini merupakan peluang bagi kakitangan kerajaan selain pemimpin untuk turun padang serta mendekati rakyat dan memberikan perkhidmatan secara segera dan langsung, kecuali kes-kes anomali yang kita perlu selesaikan di pejabat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Outreach Ziarah Gawai dan Raya KPWK bersama rakan strategik di Rumah Panjang Kampung Rayu Iban, Kuching pada Rabu.

Program dua hari bermula 17 Jun lalu, yang julung-julung kali diadakan di rumah panjang ini, mengentengahkan pelbagai aktiviti antaranya termasuklah seminar bidang kepimpinan dan keusahawanan, pemeriksaan kesihatan percuma serta khidmat nasihat oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri KPWK Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, Setiausaha Tetap KPWK Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dan ADUN N.28 Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan