Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk M. Kumar bercakap dalam sidang media di IPK Johor di sini hari ini. Foto, TVS.

Op omipresence diaktifkan sempena Tahun Melawat Johor 2026

ByTVS

JOHOR BAHRU 18 Mei: Polis Johor mengaktifkan semula penugasan ‘omnipresence’ di lokasi tumpuan sekitar bandar raya ini menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Ketua polis negeri,  Datuk M. Kumar berkata, penugasan bermula 14 Jun lalu dalam usaha memperkukuh persepsi masyarakat terhadap aspek keselamatan di sini.

Jelas beliau seramai 80 anggota ditugaskan di lokasi tumpuan pelancong terutamanya pada waktu puncak.

“Ia dilakukan dengan anggota terlibat berjalan, melawat premis serta berinteraksi dengan pengunjung dan peniaga untuk memberi gambaran bahawa Johor selamat untuk pelawat, pelabur serta peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Tambah beliau, penugasan rutin oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda juga diteruskan seperti biasa.

Menurut Kumar, sejak dilancarkan, ia menerima reaksi positif masyarakat selain peniaga.

Mengulas lanjut, beliau berkata fasa pertama penugasan telah dilancarkan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI.).

“Ia turut melibatkan Bazar Karat, Berjaya Waterfront, Southkey Mid Valley, Sentosa Pelangi dan Angsana Mall.

“Kawasan lain seperti Tampoi dan Johor Bahru Utara (JBU) turut akan dilibatkan pada masa akan datang,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan