Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh mempengerusikan mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu RADDA di Pusat Pentadbiran Bahagian Sarikei, pada Selasa. Foto TVS

70 projek RADDA bernilai RM1.2 bilion akan ditender tahun ini

SARIKEI, 17 Jun: Sebanyak 70 projek pembangunan infrastruktur di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) melibatkan kos keseluruhan RM1.2 bilion akan ditender tahun ini bagi mempercepatkan pelaksanaan pembangunan di kawasan Sarikei dan Mukah.

Pengerusi RADDA, Datuk Len Talif Salleh berkata, kesemua projek tersebut dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada tahun 2028.

“Kita berbincang mengenai lebih daripada 70 projek dengan nilai keseluruhan hampir RM1.5 bilion. Namun bagi tahun ini, kita akan melaksanakan tender bagi projek berjumlah RM1.2 bilion.

“Insya-Allah, semuanya akan berjalan mengikut jadual seperti yang dibentangkan oleh agensi-agensi pelaksana seperti JKR, Majlis Daerah Sarikei, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu RADDA di Pusat Pentadbiran Bahagian Sarikei, di sini, hari ini.

Menurut beliau, secara keseluruhan, kemajuan perancangan dan pelaksanaan projek-projek berkenaan berada pada tahap memuaskan. Tempoh pelaksanaan projek dianggarkan antara 18 hingga 36 bulan bergantung kepada skala dan jenis projek.

Tambahnya, inisiatif itu merupakan antara usaha penting yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam memastikan pembangunan wilayah luar bandar, khususnya di kawasan Sarikei dan Mukah, dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sarikei serta bahagian Mukah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan