Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sektor Pembangunan Agro-Pertanian BDDA 2/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong pada Isnin. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

33 projek agro-pertanian di Kabong menelan belanja RM23.66 juta

KABONG, 17 Jun: Sebanyak 28 daripada 33 projek agro-pertanian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah siap sepenuhnya, manakala baki lima lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek-projek berkenaan dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kerja Sektor Pembangunan Agro-Pertanian BDDA dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM23.66 juta.

“Terdapat 33 projek telah dan akan dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kerja Sektor Agro-Pertanian BDDA yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM23,658,939.60 di Kabong,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Tambah beliau, selain 28 projek yang telah siap, tiga lagi belum dimulakan, manakala dua projek masih dalam peringkat perancangan.

Untuk rekod, terdapat 215 projek keseluruhan di bawah sektor Agro-Pertanian BDDA yang melibatkan pelbagai kawasan dalam bahagian Betong.

Satu mesyuarat berkaitan jawatankuasa itu telah diadakan pada Isnin di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, dipengerusikan ADUN Krian, Friday Belik. Mohd Chee Kadir diwakili oleh Pegawai Tadbir Khas beliau, Nur Elffi Amir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan